Saturday, October 31, 2015

Ejen tarik kereta perlu patuhi kod etika


Saudara Pengarang,
KEGIATAN ejen tarik kereta yang menggunakan kekerasan semasa menarik kereta sering berlaku. Kejadian ini menunjukkan seolah-olah tidak wujud satu bentuk peraturan khusus bagi ejen tarik kereta ini.

Sebenarnya telah wujud satu kod etika pengambilan semula milik sejak tahun 1992, yang dirangka oleh Kementerian PERDAGANGAN Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, FOMCA, Persatuan Syarikat Sewa Beli Malaysia dan Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia.

Antara kandungan kod etika ini ialah:

Bilangan orang yang bertugas untuk mengambil semula milik hendaklah kecil melainkan keadaan memerlukan bantuan TAMBAHAN.

Pengambil semula milik (ejen tarik kereta) hanya boleh memasuki kawasan premis dengan pengetahuan dan kebenaran penghuni.

Pengambil semula milik hendaklah bersopan-santun dan berpakaian kemas. Mereka harus mengekalkan tahap profesionalisme dan kewibawaan dalam menjalankan tugas.

Menggunakan kekerasan dalam apa jua bentuk adalah dilarang semasa menjalankan tugas.

Semasa mengambil semula milik, pengambil semula dimestikan mengemukakan notis kepada penyewa dan memaklumkan perkara-perkara berikut:

Alamat dan nombor telefon syarikat kewangan dan pegawai yang diberi kuasa untuk dihubungi segera bagi menyelesaikan sebarang masalah.

Pengambil semula milik perlu memberi masa yang berpatutan kepada penyewa untuk memeriksa kenderaan dan mengeluarkan barang-barang kepunyaannya.

Seboleh-bolehnya pengambilan semula milik hendaklah dijalankan di hadapan penyewa atau sesiapa yang dibenarkan membawa kenderaan tersebut.

Pengambil semula milik hendaklah pada bila-bila masa mengambil tindakan mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

Semasa pengambilan semula milik, penyewa perlu meminta daripada pengambil semula milik:

Satu salinan notis mengikut Jadual Keempat Akta Sewa Beli 1967.

Kad pengenalan dan kad kuasa.

Meminta masa mencukupi untuk memeriksa kenderaan dan mengeluarkan barang-barang persendirian.

Bagi mengelakkan kejadian tarik kereta secara kekerasan ini terus-menerus berlaku, semua pihak yang terlibat dalam peraturan dan industri sewa beli seperti Kementerian PERDAGANGAN Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bank Negara serta pihak-pihak berkaitan seperti Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia dan Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia hendaklah mengguna pakai dan mematuhi kod etika pengambilan semula milik ini.

Sekiranya kod etika ini dapat dipatuhi, pengguna tidak lagi akan berhadapan dengan masalah ejen tarik kereta yang tidak bertanggungjawab ini.

Dalam pada itu pihak yang berkaitan seperti syarikat kewangan perlu lebih bertanggungjawab agar ejen tarik kereta mereka tidak melakukan sesuatu yang di luar batasan undang-undang. - MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN, Presiden, Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan.

UTUSANMalaysia - 28 Disember 2005


Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli)


Sekarang kita dah sampai pada bab yang agak menarik. Ada adegan adegan “panas” seperti tuduh menuduh, fitnah memfitnah,  kejar mengejar, caci maki dan mungkin juga ada adegan tumbuk menumbuk, baling kerusi ala mesyuarat parti politik. Hmmm… memang lebih kurang senario politik semasa aje. Ya, kita sedang “bercakap” tentang proses penarikan balik kereta yang tak berbayar.

Setelah mengambilkira tempoh “wajib” dua bulan tunggakan ansuran berturut turut dan pengeluaran Notis Jadual Keempat yang memberikan tempoh 21 hari dan setelah mengambil kira cuti umum, hujung minggu, anak demam, bini demam dan Bos demam,  TIGA bulan sudah berlalu dan “Surat Tarik” pun sudah dikeluarkan. Seperti yang digambarkan diatas, kita andaikan kereta berjaya ditarik balik.

Bagi seorang pegawai atau kerani dibahagian collection, ini merupakan suatu situasi dimana perasaan “gembira” kereta berjaya ditarik balik akan bercampur baur dengan kerisauan tentang apa yang bakal dihadapi apabila kereta, Agen Penarik dan Penyewa dan mungkin juga penduduk penduduk Kampung Dusun yang “prihatin” membawa jamung, obor api, sabit dan cangkul sampai ke pejabat untuk “berbincang”.

Antara keperluan bagi setiap Agen Penarik apabila menarik kereta ialah membuat lapuran polis tentang penarikan kereta dan seterusnya akan pergi ke Bank membawa kereta tersebut untuk pemeriksaan dan sesi fotografi. Pemeriksaan melibatkan pengesahan nombor enjin dan casis, aksesori dan juga merekodkan barangan peribadi yang terdapat dalam kereta tersebut. Segala “kecacatan” pada kereta seperti calar dan bahagian yang kemik akan direkodkan dan diambil gambar sebelum dihantar ke stor yang disewa oleh Bank. Pihak stor juga akan melakukan proses pemeriksaan yang sama . Ini perlu untuk melindungi kepentingan masing masing dari segi tuntutan yang mungkin dibuat oleh Penyewa pada masa akan datang.

Dalam sesetengah kes yang ada adegan “kejar mengejar”, kereta ada kalanya dimasukkan terus kedalam stor dan pemeriksaan dilakukan kemudian. Bagi kerani atau pegawai collection senior yang dah “masak” dan “mangli” dengan situasi begini takdelah “suspen” sangat. Kalau ada kerani baru atau “trainee officer” atau yang baru kena transfer ke bahagian collection, inilah masanya mereka “dilepaskan” untuk menghadapi situasi “getir” ini untuk memantapkan “kekentalan jatidiri” (yelah tu, ni kes “otai” dah muak nak handle lah ni, ikut senioriti, yang paling “rendah” kena jadi “frontliner”).

Apabila semua pihak yang terbabit sampai, kalau ada kekecohan yang berlaku, pegawai atau kerani dan Pak Guard akan cuba meredakan keadaan dengan menjadi orang tengah dan pengadil. Jadi pengadil ada juga risiko kalau tak kena gaya seperti yang berlaku kepada pengadil bola dan gusti yang dianggap “berat sebelah”.  Apa hal pun setelah keadaan reda sedikit, masing masing diberi peluang untuk mengemukakan hujah dan cerita masing masing.

Berikut adalah petikan cerita dan hujah dari mereka yang terbabit yang berasaskan kisah sebenar yang diolah semula secukup rasa:

CERITA VERSI AGEN PENARIK

Pagi tadi saya dan rakan sekerja saya telah “terserempak” (Padahal dah follow 2 – 3 hari dah, nak tengok “pattern” pergerakan) dengan kereta ni. Kami mengekori kereta yang mungkin dalam perjalanan ketempat kerja dan menunggu masa yang sesuai apabila kereta berhenti untuk parking.

Kami pun menghampiri kereta dan memberi salam kepada tuan kereta. Setelah bersalam salaman dengan penuh mesra kami pun memperkenalkan diri kami dengan senyuman manis sebagai wakil dari Bank dengan memberikan Kad Pengenalan dan Kad Kuasa kami beserta dengan “Surat Tarik” dan dengan rendah hati meminta kunci kereta dari Penyewa.

Akan tetapi, sifat kami yang penuh sopan santun ini telah dibalas dengan kata nista dan maki hamun yang mengguris hati kami yang sensitip ini mengingatkan kami pada lagu “Hatiku Kau Guris Luka” oleh Sweet September. Penyewa terus enggan bekerjasama dan mula bertindak aggresif dan meneruskan kata nista kepada kami antaranya “bodo tak sekolah”, “belajar malas sebab tu kerja macam ni” dan beberapa lagi perkataan 18SX yang terpaksa kami sensor sebab kami tak biasa dengan perkataan kotor macam tu.

Setelah puas bersabar kami dengan “berat hati” telah terpaksa mengambil kunci dari Penyewa manakala rakan rakan saya mengeluarkan barang barang peribadi Penyewa keluar dari kereta. Kerana tidak tahan lagi dengan Penyewa yang terus menerus memaki hamun kami, kami pun beredar dengan meninggalkan Penyewa disitu yang enggan mengikut kami ke Bank besama sama. Selepas itu kami terus buat repot polis dan datang ke Bank. Kami meminta upah yang lebih dari biasa atas dasar kepayahan mengambil semula kereta dan Penyewa yang bersikap macam “gengster” dan telah melukakan hati kami sehingga salah seorang dari kami telah menangis teresak esak kerana tidak tahan dengan “deraan mental” yang dialami.

CERITA VERSI PENYEWA

Pagi tadi semasa keluar dari rumah saya perasan ada satu kereta telah mengekori saya. Dalam kereta ada dua atau tiga orang. Setelah sampai ketempat kerja saya pun meletakkan kereta ditempat parking. Belum sempat saya keluar setelah membuka pintu, tiba tiba datang dua orang yang menarik saya keluar dan merampas kunci kereta daripada saya.

Selepas merampas kunci tanpa memberi Salam salah seorang dari mereka mengatakan bahawa mereka dari Bank dan terus memberikan Salinan Surat Tarik dan sepantas kilat menunjukkan Kad Pengenalan dan “Kad Kuasa” dari Bank tanpa sempat saya membacanya. Saya meminta tempoh dari mereka supaya boleh pergi ke Bank bersama sama namun mereka mengatakan saya kurang ajar dan tak tahu nak bayar hutang dan beberapa lagi kata kata kesat yang saya tidak perlu ulang disini.

Manakala saya berbincang dengan dua orang dari mereka, seorang lagi telah mengambil beberapa barang saya dari kereta dan memasukkannya kedalam beg plastik dan menyerahkannya kepada saya. Selepas itu mereka mengarahkan saya untuk pergi ke Bank jika tidak puas hati dan meninggalkan saya “terkonteng konteng” seorang diri.

Saya merasa kecewa, marah dan tertekan kerana mereka telah memberi “kemaluan” yang besar kepada saya kerana terdapat ramai orang semasa kejadian berlaku. Walaupun saya salah, tidak sepatutnya wakil Bank bertindak sedemikian rupa. Saya ada menyimpan 2 gelang emas, satu cincin emas dan satu cincin suasa dan duit tunai RM2,000 dibawah kerusi bahagian pemandu dan semuanya telah hilang. Saya sudah mengadu pada Mak saya, Rela, Polis dan JKKK tentang kejadian yang memilukan ini dan sebahagian dari mereka termasuk Mak saya telah datang untuk memberi “sokongan” moral.

CERITA KERANI/PEGAWAI BANK (TENGOK SITUASI)

Saya baru tahu tentang kes penarikan ini sebab bukan saya yang keluarkan Surat Tarik. Surat Tarik sekarang “Head Office” yang keluarkan sebab baru baru ni kita telah dapat arahan dari Bank Negara untuk memperketatkan kawalan kredit kami. Dulu tunggakan lepas TIGA bulan baru kita bagi peringatan. Terpaksalah ikut arahan nak buat macamana. Encik pun tak pernah bayar langsung jadi susah saya nak tolong. Kita dah bagi sms dan surat peringatan tapi takde respon dari pihak Tuan/Puan.

Berkenaan dengan Agen kita, Agen kita telah menjalani latihan intensif tentang tatacara penarikan balik dan berdaftar dengan AHPCM. Kalau ada kesilapan kami mohon maaf dan akan bagi amaran kepada mereka tentang tingkahlaku yang tak betul (kena backup jugak Agen kalau ketara Penyewa kelentong) dan kalau ada lapuran tentang barang yang hilang, Tuan/Puan boleh buat lapuran polis dan biar polis yang buat siasatan. Kita akan buat pemeriksaan kereta Tuan/Puan dan “take note” aduan Tuan/Puan.

Tentang kos tarik pulak, kita akan ikut kadar kos yang standard dan budi bicara untuk jumlah bulan yang tertunggak dan kawasan berdekatan iaitu RM500. (Biasanya Agen akan komplen upah sepatutnya lebih mahal sebab Penyewa memang “kurang ajar” tapi biasanya Bank akan kata nanti “cover” dengan Surat Tarik yang lain. Kena ada tolak ansur kalau tidak “susah” buat kerja)

KESIMPULAN

Senario diatas adalah diantara beberapa contoh apa yang biasa berlaku apabila kereta ditarik balik (tak semestinya macam ni, banyak “pesen” lagi). Nak percaya Agen atau Penyewa 100% pun tak boleh jugak jadi kena pandai pandai “adjust” dan menilai mengikut situasi. Berkenaan dengan kos tarik, juga mengikut keadaan dan faktor faktor lain yang mempengaruhi seperti jumlah tunggakan, “kesusahan” mengambil balik dan kadangkala Bank terpaksa “buy back” daripada “Taiko” atau “Syarif Dol” atau “Pak Long”, “Pak Ngah”, “Pak Teh” dan macam macam lagi “orang bergelar” tempatan yang telah “membeli” kereta dengan harga “pukal” yang kadang kadang terhasil dari kes sambung bayar dan “sambung atas sambung” yang memang susah untuk diambil semula melainkan “kow tim” dengan membeli balik kereta jika difikirkan berbaloi. Kereta biasanya “berlegar legar” dikawasan pendalaman dan jarang jarang sekali keluar kawasan “safe zone”. Ada juga Agen yang mengambil kereta dari Penyewa dan “peram” selama beberapa bulan untuk mendapatkan upah yang lebih tinggi. Memang macam macam “pesen” yang memeningkan kepala.

Apa kes sekalipun, apabila kereta telah ditarik, Bank perlu menghantar Notis Jadual Kelima seperti yang telah diperuntukan di bawah Seksyen 16 (3) Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010). Ini adalah keratan Seksyen tersebut:

TARIK KERETA ( REPOSESSION )


Ramai yang masih keliru dan takut apabila hutang kereta tidak berbayar dan dikhuatiri kereta akan ditarik.Bila boleh ditarik? Siapa yang akan tarik? Berapa yang perlu dibayar?

Bila kereta boleh ditarik?

Kenderaan hanya boleh ditarik apabila seorang peminjam gagal menjelaskan bayaran bulanan hutangnya selama 2 bulan 21 hari atau apabila tunggakkan hutang mencecah 3 bulan.Mengikut kepada Hire Purchase act (akta Sewa Beli) apabila seorang peminjam gagal membuat bayaran selama 2 bulan atau mempunyai 2 bulan tunggakan maka syarikat atau bank diwajibkan menghantar suatu surat yang dipanggil 4th schedule atau Jadual keempat ( Notis penarikan kenderaan @ notice intention to repossessed). Surat ini memberitahu bahawa jika dalam masa 21 peminjam gagal menjelaskan bayaran maka kenderaan akan ditarik.

Siapa yang akan menarik kenderaan?

Pada kebiasaannya syarikat atau Bank akan menggunakan agen yang berdaftar dengan AHPCM untuk menjalankan penarikan. Agen yang sah akan membawa surat kebenaran untuk menarik kenderaan ( repossession order) dan akan mencari kenderaan yang tertera di atas Surat penarikan tersebut.Apabila agen berjaya membuat penarikan , agen tersebut diwajibkan untuk melaporkan penarikan tersebut di balai Polis terdekat sebelum menghantar kenderaan tersebut ke mana-mana pusat penyimpanan atau stor pihak bank atau syarikat.

Apa yang perlu dilakukan jika berlakunya penarikan??

Apabila berlakunya penarikan , si peminjam dinasihatkan untuk meminta salinan perintah penarikan, melihat kad kuasa penarikan agen yang sah dan mendapatkan butir-butir diri agen penarikan bagi mengelakkan berlaku kecurian atau penipuan. Jika tidak keberatan diminta peminjam pastikan bahawa agen membuat repot polis di balai.Kerap terjadi penipuan dimana pencuri kenderaan mengambil kesempatan diatas kelalaian ini.Peminjam dinasihatkan agar jangan cuba membayar ‘wang kopi’ kepada agen yang menarik kereta kerana selalunya pihak bank akan mengeluarkan perintah penarikan kepada beberapa agen yang sah . Membayar wang kopi tidak menyelesaikan masaalah anda dan ianya diketogeri kan sebagai RASUAH kerana agen hanya boleh mendapat upah daripada syarikat atau bank dan untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran atau cas yang melampau oleh pihak agen penarikan .

Selepas kenderaan ditarik atau diserahkan kembali. Syarikat atau bank akan mengeluarkan surat yang dipanggil Jadual kelima ( 5th Schedule) Dimana peminjam akan diberikan tempoh selama 21 hari untuk mengambil semula kenderaan dengan membayar semua tunggakan atau jumlah yang dipersetujui oleh pihak bank ataupun peminjam diberi peluang untuk memperkenalkan pembeli diatas harga reserve yang ditetapkan oleh pihak bank atau syarikat.Jika tidak ada apa-apa jawapan dari peminjam , syarikat atau bank akan melelong kenderaan tersebut secara lelongan awam terbuka atau melalui tender yang akan diawasi oleh satu badan atau komiti.Sesiapa sahaja yang menawarkan harga tertinggi melepasi harga reserve yang ditetapkan akan mendapat kenderaan tersebut.Jika ada lebihan wang dari jualan secara tender atau lelongan awam. Wang tersebut akan dikembalikan kepada peminjam.

Oleh yang demikian jika seorang peminjam sudah hilang upaya untuk meneruskan pembayaran adalah lebih baik kenderaan tersebut diserahkan kembali kepada syarikat atau pihak bank kerana pihak bank TIDAK boleh mengenakan sebarang cas tambahan seperti Kos penyimpanan, kos penarikan dan lain-lain cas sehingga kenderaan tersebut dilelong atau dijual.Jika selepas jualan masih terdapat baki hutang yang perlu dijelaskan( loss after sale) . Peminjam boleh berbincang dengan pihak bank atau syarikat mengenai pembayaran semula yang mampu dibuat untuk menyelesaikan hutang yang masih ada.

8 Komen
Posted in Uncategorized
KERETA OH KERETA
Posted on Februari 9, 2009 | 14 comments
Hampir setiap rakyat Malaysia akan memiliki kereta dan akan terlibat dengan pembiayaan pinjaman kenderaan. Pinjaman sewa beli atau Hire Purchase Loan.Sering kita dengar dan lihat , ramai yang tertanya-tanya macam mana nak beli kereta. Apa procedur untuk dapatkan pinjaman pembiayaaan sewa.

Sering juga kita dengar ramai yang tertipu oleh agen-agen dan syarikat kereta. Kereta yang ditrade in hilang tetapi masih menanggung hutang. Kereta yang dibeli tidak seperti kereta yang dilihat semasa kali pertama. Letak deposit tetapi tak dapat kereta dan lain-lain.

Selepas mendapat kereta ada masaalah dengan syarikat kewangan. Masaalah sewaktu kereta ditarik. Masaalah dengan kewangan dan ingin mengurangkan bayaran bulanan. Masaalah nak menjual kereta.Ada belbagai cerita dan peristiwa yang boleh menjadi pedoman.

Blog ini dihasilkan bagi berkongsi pengalaman didalam dunia pembiayaan kereta.Saya telah bergelumang selama hampir 15 tahun didalam dunia Auto Financing dan berasa sudah menjadi tanggung jawab saya untuk memberikan serba sedikit tunjuk ajar sebagai pedoman . Hampir setiap orang akan melaluinya. Kereta , motor sikal dan lain-lain sudah menjadi keperluan didalam hidup.Namun begitu ramai yang masih ambil tak peduli dengan perkara ini. Hanya mereka yang terlibat secara langsung dengan dunia pembiayaan auto financing yang akan tahu selok belok dan procedur atau cara-cara mendapatkan pinjaman atau urusan pembelian dan penjual kenderaan secara sah. Ramai yang hanya bergantung kepada Jurujual atau kedai kereta untuk menguruskan semua tanpa tahu apa yang sepatutnya diuruskan oleh mereka yang berkenaan. Kita terdedah untuk ditipu, diperdaya yang menyebabkan kita kerugian, terpaksa membayar lebih dan yang paling kita takuti ialah kehilangan kereta yang kita jual kepada pihak ketiga dengan Hutang dengan Pihak bank masih belum diselesaikan tetapi kenderaan telah hilang entah kemana.Hairan kenapa sesuatu yang akan dilalui oleh semua orang tetapi tidak diendahkan sehingga apabila berlakunya penipuan pun kita masih tak sedar???Kita terpedaya atau tertipu dan terpaksa menanggung kerugian hanya kerana kita ambil sambil lewa atau tak ambil peduli salah satu ilmu yang perlu ada dizaman ini.

Diantara perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut.

Cara pembelian kereta baru & terpakai
– Apa yang perlu kita lihat.-kedai kereta yang macam mana
– Berapa bayaran atau apa bayaran yang perlu dibayar
– Dokumen apa yang perlu dibawa atau diberi bagi mempercepatkan proses mendapatkan pinjaman sewa beli.
– Dokumen apa yang perlu kita tanda tangani.
– Bila boleh kita ambil kereta.
– Warantry untuk kereta baru dan terpakai.
Apa diperlukan untuk meminta pinjaman kereta

1. Jenis-jenis Kenderaan

• New passenger car, 4WD, MPV and SUV (CBU and CKD).
• Secondhand passenger car, 4WD, MPV, SUV and used reconditioned car.

2. Margin of Finance

Up to 90% of seller’s invoice

5. Kelayakan

• Individuals aged 18 years old and above.
• Sole proprietorships or partnerships.
• Private Limited and Public Listed Companies.
• Other commercial organisations.

7. Document yang diperlukan

These documents must be submitted along with the application form at any of the CIMB Bank branches. The bank reserves the right to request for additional documentation where deemed necessary.

Individual Non – Individual
NRIC and valid driving license photocopy X X
Latest 3 months’ salary slip X
EA form / EPF statement (last 2 years) X
Bank statements X X
Other proof of income X
Business registration A&D  X
Form B & D for sole proprietorships or partnership  X
Form 24, 44, 49 & M&A for private limited companies (Sdn. Bhd.) or audited financial statements for Sdn. Bhd.  X

8. Application Form

Perlu mengisi borang yang mana perlu diisi butir butir diri. Borang permohonan
Dari bank-bank adalah berbeza.Disini saya lampirkan salah satu contoh borang
Permohonan. Contoh ini diambil dari CIMB bank.

6. Mode of Paymments

• Payments via online banking, or
• Monthly installments at all Bank branch, ATM and Cash Deposit Machine (CDM), or
• Set up automatic payments via standing instruction.

Menghadapi masaalah kegawatan ekonomi.

Setiap individu mempunyai skill dan kebolehan yang berbeza. Namun begitu kegawatan ekonomi kali ini akan amat dirasai oleh mereka yang berada didalam sektor pembuatan dan perkilangan terutamanya sektor elektronic .

Bermula dengan pengurangan kerja lebih masa atau mungkin diberhentikan buat sementara dan yang paling menakutkan apabila diberhentikan pekerjaan.Akibat utama ialah keupayaan untuk membayar bayaran bulanan untuk kenderaan.APAYANG PERLU ANDA LAKUKAN.

1. Jangan duduk diam atau cuba larikan diri dari pihak bank.Ini tidak menyelesaikan masaalah anda malahan anda mungkin akan dikenakan tindakan mahkamah dan penambahan yang meyebabkan anda mungkin akan disenarai hitam atau dibankrapkan.
2. ANDA dinasihatkan menghubungi bank anda menceritakan masalah anda dan cuba untuk berbincang bagaimana untuk mengurangkan bayaran bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman atau lain-lain.
3. Cuba berbincang dengan pihak bank untuk mengembalikan semula kenderaan dan anda cuba dapatkan harga yang terbaik untuk kenderaan anda dan mungkin dapat menyelesaikan hutang atau mengurangkan jumlah hutang yang anda tanggung serta anda boleh berbincang pembayaran selanjutnya untuk menyelesaikan baki hutang dengan bayaran yang minima sementara anda menghadapi krisis kewangan ini.
4. Tukar cara hidup dengan menggunakan kenderaan yang lebih kecil dan bayaran bulanan yang lebih murah. Hubungi bank anda untuk dapatkan panel kenderaan terpakai untuk mengelakkan anda dari ditipu .
5. Jangan sesekali menjual kenderaan anda kepada orang lain walaupun mereka yang anda kenali tanpa menukar nama atau menyelesaikan hutang anda seperti yang selalunya mereka yang kurang berpengetahuan menjual dengan hanya menyambung bayaran kerana 95% dari pengalaman saya akan timbul masaalah mereka tidak membayar atau terus hilang.

Untuk makluman anda .Pihak bank terutamanya CIMB BANK ada menyediakan Pakej Penjadualan semula pinjaman kenderaan yang mana boleh mengurangkan beban bayaran bulanan kenderaan anda.
Apa yang anda perlu lakukan hanya dengan hadir ke mana-mana cawangan CIMB yang mempunyai kemudahan Auto Financing dan membawa dokumen-dokumen bukti pendapatan terkini dan permintaan penjadualan semula anda akan di proses segera ATAU SMS SAYA di 012-2905445

Tarik kereta – Proses yang berkaitan, dan hak anda


Semalam penulis ada terdengar masalah seorang kenalan mengenai isu ‘tarik kereta’, iaitu kenderaan bermotor yang perlu ditarik balik oleh syarikat kewangan kerana kegagalan PEMBAYARAN sewa beli. Di sini kami huraikan secara ringkas tentang hak pembeli.

Apa sahaja kenderaan yang dibeli secara ‘sewa beli’ terus menjadikan pembeli sebagai ‘penyewa’ manakala syarikat kewangan pula adalah ‘pemunya’. Dan bagi kes pembelian kenderaan, ia tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1964 ataupun juga dikenali sebagai Akta 212.

Mengikut undang-undang, syarikat kewangan berhak mengambil semula (tarik) kenderaan tersebut apabila penyewa gagal MEMBAYAR jumlah ansuran sebanyak dua kali berturut-turut; termasuk gagal membayar ansuran terakhir.

Sekalipun penyewa telah meninggal dunia, ansuran bulanan yang tidak dibayar selama empat bulan berturut-turut juga membolehkan kenderaan tersebut ditarik semula oleh syarikat kewangan.

Proses tarik kereta bermula dengan syarikat kewangan menghantar surat dikenali sebagai Notis Jadual Keempat. Surat ini adalah notis bertulis 21 hari menyatakan tindakan syarikat kewangan berkaitan untuk menarik balik kenderaan tersebut. Dua mingu (14 hari) selepas tarikh Notis Jadual Keempat dikeluarkan, akan dikeluarkan pula notis kedua. Maksudnya lebih kurang sama, iaitu untuk menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik balik kereta tersebut selepas tarikh luput notis Jadual Keempat.

Harus diingat bahawa surat ini akan dihantar kepada penyewa ke alamat terakhir di dalam rekod mereka. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk mengemaskini apa-apa pertukaran alamat yang berlaku.

Sekarang kita tiba kepada isu yang penting – perkara berkaitan mengenai tindakan menarik kereta.

Selalunya syarikat kewangan akan melantik penarik kereta yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat Sewa Beli Malaysia. Dan sebelum menarik kereta, dia perlu menunjukkan kepada penyewa kad pengenalan, kad kuasa dan surat arahan tarik kereta yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan.

Dan individu penarik kereta ini perlu mematuhi beberapa peraturan, antaranya:

Perlu menunjukkan kad kuasa (diberi oleh syarikat kewangan) kepada penyewa
Perlu bersikap profesional
Perlu kelihatan kemas dan tidak datang dalam kumpulan yang ramai
Tiada kekasaran digunakan
Mereka tidak boleh memasuki premis penyewa tanpa izin penyewa
Penyewa mesti diberi masa yang cukup untuk mengeluarkan barangan peribadi daripada kenderaan yang hendak ditarik
Selepas kenderaan ditarik, pihak tarik kereta perlu membuat laporan polis dengan serta merta

Di dalam 21 hari selepas kereta ditarik, syarikat kewangan akan memberi notis kepada penyewa dan setiap penjamin di dalam perjanjian sewa beli tersebut yang dikenali sebagai Notis Jadual Kelima. Di dalam notis ini tertulis kebenaran untuk si penghutang MEMBAYAR balik jumlah hutang kepada pihak syarikat kewangan.

Selepas itu, penyewa boleh mendapatkan balik kenderaan yang ditarik setelah menjelaskan jumlah ansuran yang tertunggak dan kos-kos berkaitan sewaktu proses tarik dilakukan (kos penyimpanan, baik pulih, selenggaraan). Penyewa juga boleh mendapatkan balik kereta tersebut setelah MEMBAYARjumlah baki hutang sewa beli termasuk kos-kos berkaitan.

Jika kedua-dua perkara ini tidak terjadi dalam masa 21 hari setelah Notis Jadual Kelima dihantar, pihak syarikat kewangan berhak untuk menjual kenderaan tersebut melalui kaedah lelong.

Jika ada apa-apa masalah – terutamanya mengenai proses tarik kereta, seperti kekasaran ataupun pencerobohan premis tanpa izin penyewa – ada beberapa pihak yang dapat membantu. Yang paling penting adalah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan Khidmat Biro Bantuan Guaman.

[Namun penulis juga beranggapan yang penyewa juga perlu mengikut perjanjian sewa beli yang dibuat dengan syarikat kewangan. Jika gagal, jangan terlalu defensif apabila kenderaan perlu ditarik.]