Ramai yang masih keliru dan takut apabila hutang kereta
tidak berbayar dan dikhuatiri kereta akan ditarik.Bila boleh ditarik? Siapa
yang akan tarik? Berapa yang perlu dibayar?
Bila kereta boleh ditarik?
Kenderaan hanya boleh ditarik apabila seorang peminjam gagal
menjelaskan bayaran bulanan hutangnya selama 2 bulan 21 hari atau apabila
tunggakkan hutang mencecah 3 bulan.Mengikut kepada Hire Purchase act (akta Sewa
Beli) apabila seorang peminjam gagal membuat bayaran selama 2 bulan atau
mempunyai 2 bulan tunggakan maka syarikat atau bank diwajibkan menghantar suatu
surat yang dipanggil 4th schedule atau Jadual keempat ( Notis penarikan
kenderaan @ notice intention to repossessed). Surat ini memberitahu bahawa jika
dalam masa 21 peminjam gagal menjelaskan bayaran maka kenderaan akan ditarik.
Siapa yang akan menarik kenderaan?
Pada kebiasaannya syarikat atau Bank akan menggunakan agen
yang berdaftar dengan AHPCM untuk menjalankan penarikan. Agen yang sah akan
membawa surat kebenaran untuk menarik kenderaan ( repossession order) dan akan
mencari kenderaan yang tertera di atas Surat penarikan tersebut.Apabila agen
berjaya membuat penarikan , agen tersebut diwajibkan untuk melaporkan penarikan
tersebut di balai Polis terdekat sebelum menghantar kenderaan tersebut ke
mana-mana pusat penyimpanan atau stor pihak bank atau syarikat.
Apa yang perlu dilakukan jika berlakunya penarikan??
Apabila berlakunya penarikan , si peminjam dinasihatkan
untuk meminta salinan perintah penarikan, melihat kad kuasa penarikan agen yang
sah dan mendapatkan butir-butir diri agen penarikan bagi mengelakkan berlaku
kecurian atau penipuan. Jika tidak keberatan diminta peminjam pastikan bahawa
agen membuat repot polis di balai.Kerap terjadi penipuan dimana pencuri
kenderaan mengambil kesempatan diatas kelalaian ini.Peminjam dinasihatkan agar
jangan cuba membayar ‘wang kopi’ kepada agen yang menarik kereta kerana
selalunya pihak bank akan mengeluarkan perintah penarikan kepada beberapa agen yang
sah . Membayar wang kopi tidak menyelesaikan masaalah anda dan ianya diketogeri
kan sebagai RASUAH kerana agen hanya boleh mendapat upah daripada syarikat atau
bank dan untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran atau cas yang melampau
oleh pihak agen penarikan .
Selepas kenderaan ditarik atau diserahkan kembali. Syarikat
atau bank akan mengeluarkan surat yang dipanggil Jadual kelima ( 5th Schedule)
Dimana peminjam akan diberikan tempoh selama 21 hari untuk mengambil semula
kenderaan dengan membayar semua tunggakan atau jumlah yang dipersetujui oleh
pihak bank ataupun peminjam diberi peluang untuk memperkenalkan pembeli diatas
harga reserve yang ditetapkan oleh pihak bank atau syarikat.Jika tidak ada
apa-apa jawapan dari peminjam , syarikat atau bank akan melelong kenderaan
tersebut secara lelongan awam terbuka atau melalui tender yang akan diawasi
oleh satu badan atau komiti.Sesiapa sahaja yang menawarkan harga tertinggi
melepasi harga reserve yang ditetapkan akan mendapat kenderaan tersebut.Jika ada
lebihan wang dari jualan secara tender atau lelongan awam. Wang tersebut akan
dikembalikan kepada peminjam.
Oleh yang demikian jika seorang peminjam sudah hilang upaya
untuk meneruskan pembayaran adalah lebih baik kenderaan tersebut diserahkan
kembali kepada syarikat atau pihak bank kerana pihak bank TIDAK boleh
mengenakan sebarang cas tambahan seperti Kos penyimpanan, kos penarikan dan
lain-lain cas sehingga kenderaan tersebut dilelong atau dijual.Jika selepas
jualan masih terdapat baki hutang yang perlu dijelaskan( loss after sale) .
Peminjam boleh berbincang dengan pihak bank atau syarikat mengenai pembayaran
semula yang mampu dibuat untuk menyelesaikan hutang yang masih ada.
8 Komen
Posted in Uncategorized
KERETA OH KERETA
Posted on Februari 9, 2009 | 14 comments
Hampir setiap rakyat Malaysia akan memiliki kereta dan akan
terlibat dengan pembiayaan pinjaman kenderaan. Pinjaman sewa beli atau Hire
Purchase Loan.Sering kita dengar dan lihat , ramai yang tertanya-tanya macam
mana nak beli kereta. Apa procedur untuk dapatkan pinjaman pembiayaaan sewa.
Sering juga kita dengar ramai yang tertipu oleh agen-agen
dan syarikat kereta. Kereta yang ditrade in hilang tetapi masih menanggung
hutang. Kereta yang dibeli tidak seperti kereta yang dilihat semasa kali pertama.
Letak deposit tetapi tak dapat kereta dan lain-lain.
Selepas mendapat kereta ada masaalah dengan syarikat
kewangan. Masaalah sewaktu kereta ditarik. Masaalah dengan kewangan dan ingin
mengurangkan bayaran bulanan. Masaalah nak menjual kereta.Ada belbagai cerita
dan peristiwa yang boleh menjadi pedoman.
Blog ini dihasilkan bagi berkongsi pengalaman didalam dunia
pembiayaan kereta.Saya telah bergelumang selama hampir 15 tahun didalam dunia
Auto Financing dan berasa sudah menjadi tanggung jawab saya untuk memberikan
serba sedikit tunjuk ajar sebagai pedoman . Hampir setiap orang akan
melaluinya. Kereta , motor sikal dan lain-lain sudah menjadi keperluan didalam
hidup.Namun begitu ramai yang masih ambil tak peduli dengan perkara ini. Hanya
mereka yang terlibat secara langsung dengan dunia pembiayaan auto financing
yang akan tahu selok belok dan procedur atau cara-cara mendapatkan pinjaman
atau urusan pembelian dan penjual kenderaan secara sah. Ramai yang hanya
bergantung kepada Jurujual atau kedai kereta untuk menguruskan semua tanpa tahu
apa yang sepatutnya diuruskan oleh mereka yang berkenaan. Kita terdedah untuk
ditipu, diperdaya yang menyebabkan kita kerugian, terpaksa membayar lebih dan
yang paling kita takuti ialah kehilangan kereta yang kita jual kepada pihak
ketiga dengan Hutang dengan Pihak bank masih belum diselesaikan tetapi
kenderaan telah hilang entah kemana.Hairan kenapa sesuatu yang akan dilalui
oleh semua orang tetapi tidak diendahkan sehingga apabila berlakunya penipuan
pun kita masih tak sedar???Kita terpedaya atau tertipu dan terpaksa menanggung
kerugian hanya kerana kita ambil sambil lewa atau tak ambil peduli salah satu
ilmu yang perlu ada dizaman ini.
Diantara perkara yang akan dibincangkan adalah seperti
berikut.
Cara pembelian kereta baru & terpakai
– Apa yang perlu kita lihat.-kedai kereta yang macam mana
– Berapa bayaran atau apa bayaran yang perlu dibayar
– Dokumen apa yang perlu dibawa atau diberi bagi
mempercepatkan proses mendapatkan pinjaman sewa beli.
– Dokumen apa yang perlu kita tanda tangani.
– Bila boleh kita ambil kereta.
– Warantry untuk kereta baru dan terpakai.
Apa diperlukan untuk meminta pinjaman kereta
1. Jenis-jenis Kenderaan
• New passenger car, 4WD, MPV and SUV (CBU and CKD).
• Secondhand passenger car, 4WD, MPV, SUV and used
reconditioned car.
2. Margin of Finance
Up to 90% of seller’s invoice
5. Kelayakan
• Individuals aged 18 years old and above.
• Sole proprietorships or partnerships.
• Private Limited and Public Listed Companies.
• Other commercial organisations.
7. Document yang diperlukan
These documents must be submitted along with the application
form at any of the CIMB Bank branches. The bank reserves the right to request
for additional documentation where deemed necessary.
Individual Non – Individual
NRIC and valid driving license photocopy X X
Latest 3 months’ salary slip X
EA form / EPF statement (last 2 years) X
Bank statements X X
Other proof of income X
Business registration A&D X
Form B & D for sole proprietorships or partnership X
Form 24, 44, 49 & M&A for private limited companies
(Sdn. Bhd.) or audited financial statements for Sdn. Bhd. X
8. Application Form
Perlu mengisi borang yang mana perlu diisi butir butir diri.
Borang permohonan
Dari bank-bank adalah berbeza.Disini saya lampirkan salah
satu contoh borang
Permohonan. Contoh ini diambil dari CIMB bank.
6. Mode of Paymments
• Payments via online banking, or
• Monthly installments at all Bank branch, ATM and Cash
Deposit Machine (CDM), or
• Set up automatic payments via standing instruction.
Menghadapi masaalah kegawatan ekonomi.
Setiap individu mempunyai skill dan kebolehan yang berbeza.
Namun begitu kegawatan ekonomi kali ini akan amat dirasai oleh mereka yang
berada didalam sektor pembuatan dan perkilangan terutamanya sektor elektronic .
Bermula dengan pengurangan kerja lebih masa atau mungkin
diberhentikan buat sementara dan yang paling menakutkan apabila diberhentikan
pekerjaan.Akibat utama ialah keupayaan untuk membayar bayaran bulanan untuk
kenderaan.APAYANG PERLU ANDA LAKUKAN.
1. Jangan duduk diam atau cuba larikan diri dari pihak
bank.Ini tidak menyelesaikan masaalah anda malahan anda mungkin akan dikenakan
tindakan mahkamah dan penambahan yang meyebabkan anda mungkin akan disenarai
hitam atau dibankrapkan.
2. ANDA dinasihatkan menghubungi bank anda menceritakan
masalah anda dan cuba untuk berbincang bagaimana untuk mengurangkan bayaran
bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman atau lain-lain.
3. Cuba berbincang dengan pihak bank untuk mengembalikan
semula kenderaan dan anda cuba dapatkan harga yang terbaik untuk kenderaan anda
dan mungkin dapat menyelesaikan hutang atau mengurangkan jumlah hutang yang
anda tanggung serta anda boleh berbincang pembayaran selanjutnya untuk
menyelesaikan baki hutang dengan bayaran yang minima sementara anda menghadapi
krisis kewangan ini.
4. Tukar cara hidup dengan menggunakan kenderaan yang lebih
kecil dan bayaran bulanan yang lebih murah. Hubungi bank anda untuk dapatkan
panel kenderaan terpakai untuk mengelakkan anda dari ditipu .
5. Jangan sesekali menjual kenderaan anda kepada orang lain
walaupun mereka yang anda kenali tanpa menukar nama atau menyelesaikan hutang
anda seperti yang selalunya mereka yang kurang berpengetahuan menjual dengan
hanya menyambung bayaran kerana 95% dari pengalaman saya akan timbul masaalah
mereka tidak membayar atau terus hilang.
Untuk makluman anda .Pihak bank terutamanya CIMB BANK ada
menyediakan Pakej Penjadualan semula pinjaman kenderaan yang mana boleh
mengurangkan beban bayaran bulanan kenderaan anda.
Apa yang anda perlu lakukan hanya dengan hadir ke mana-mana
cawangan CIMB yang mempunyai kemudahan Auto Financing dan membawa
dokumen-dokumen bukti pendapatan terkini dan permintaan penjadualan semula anda
akan di proses segera ATAU SMS SAYA di 012-2905445
Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)
ReplyDeleteYour Name:...............
Your Country:...............
Your Occupation:...............
Loan Amount Needed:...............
Loan Duration...............
Monthly Income:...............
Your Telephone Number:.....................
Business Plan/Use Of Your Loan:...............
Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com